Wednesday, February 6, 2013

Aku Kini.

Sudah berapa purnama tidak ku jejak blog aku ini. Seperti kata blogger lain, bersawang, mungkin?
Ya hidup aku kini biasa saja. Mungkin lebih bahagia, mungkin lebih menghargai apa ada di sisi aku.
Padam perkataan "mungkin". Ya aku sangat bahagia.
Alhamdulillah, aku sekarang di universiti. Di situ bermulanya hidup aku yang lebih segar.
Aku juga punya sahabat baru yang bisa dianggap seperti kakak di universiti.
Tabahnya aku tatkala keluhan meniti di bibir dek test/assignments adalah kerana mereka. Aku bangkit kerana mereka mengingatkan.
Aku kini lebih cenderung beranggapan positif tentang semua perkara.
Bahkan rakanku sering mengatakan yang aku terlalu positif sedangkan itu memudaratkan aku.
Aku juga bukan lagi yang pasti boleh mendengar orang lain berkata buruk tentang orang lain. Aku pasti berfikir sudahlah, dunia tak akan indah jika kita terus berbincang tentang manusia.
Biarkan mereka, jangan kita membalas, yakini diri Allah itu Maha Besar.
Manusia tidak akan pernah sempurna. Jangan lupa, diri sendiri juga.
Aku juga.
Begitu juga aku. Aku bukan baik seperti malaikat.
Aku juga berdosa.
Aku tak punya 'halo'